| Subcribe via RSS

Browse > Home /

jomgig.com versi kedua

Monday, November 23, 2009 | 6 Comments | Posted in , ,

Hallo rakan - rakan.

Sejak kebelakangan ni, pihak jomgig.com sedang bertungkus lumus membincangkan pelbagai idea baru yang boleh memberi manfaat kepada korang yang setia bersama jomgig.com ini. Perbahasan demi perbahasan, pelbagai pendapat dikemukakan, berbagai presentation disediakan, demi mencapai kepuasan pengguna - pengguna jomgig.com.

Akhirnya, satu keputusan telah dibuat, dan keputusan ini telah menentukan hala tuju dan perubahan drastik jomgig.com.

Pelbagai features baru yang akan menyusul nanti. Korang boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan, korang boleh berkongsi pendapat di kalangan ahli - ahli jomgig.com yang lain, update dengan info - info terkini berkenaan dengan segala aspek yang ingin korang ketahui, menjual dan membeli secara online, dan banyak lagi.

Pendek kata, apa yang korang ingin suarakan dapat korang sampaikan kepada semua. Aku tak nak lah nak bagitau semua secara terperinci. Nanti tak suprise lah kan. So, nantikan kemunculan jomgig.com V2 ya! :)

dari bilik berbentuk "L",
leychay.

Browse > Home /

Mustard - Pemenang "The Complete Challenge II"

Tuesday, November 10, 2009 | No Comments | Posted in

Akhirnya... selepas hampir sebulan setengah... tanggal 10hb November 2009, jomgig.com mengumumkan pemenang "The Complete Challenge II" yang telah berjaya memperolehi RM1500. Dan pemenangnya adalah..


"MUSTARD"

Mereka telah berjaya menewaskan Siren dan Beeha di tempat kedua dan ketiga. Ini sebenarnya adalah salah satu pencapaian terbaru Mustard setelah sekian lama bergiat dalam bidang seni di arena muzik indie. Mereka bukan calang-calang "band" indie, banyak lagi pencapaian yang mereka telah kecapi sebelum ini termasuklah berjaya ke final ROTTW The Road To Soundstage 2008 dan Yamaha 2008 Asian Beat Central Region. Lagu "Cinta itu Universal" pula mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat muzik dan lagu ini juga sering diputarkan di X-fm dan Suria fm.

Bila ditanya mengenai kejayaan mengungguli tempat pertama dalam "The Complete Challenge".. kata Amman selaku "band leader" Mustard, katanya "Thanks jomgig sebab buat competition ni, itu adalah opportunity untuk kami.. kalau bukan sebab kemenangan ni, tak merasa kitorang nak perform kat singapore, sebab duit RM1500 tu boleh kami gunakan sebagai modal untuk perform kat sana".

Sebenarnya kerja kuat Mustard untuk memenangi tempat pertama adalah untuk mereka mewakili Malaysia dalam gig "What the Park" di Dhoby Ghaut Green, Singapura pada 28 dan 29 November ini. Wang RM1500 yang dimenangi akan banyak membantu mereka bagi memberikan persembahan terbaik di Singapura nanti.

Apapun, tahniah Mustard atas kejayaan ini dan pihak jomgig berharap agar mustard akan mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Mr.a

Browse > Home /

And the votes goes to...

Wednesday, November 4, 2009 | No Comments

For several weeks the team had a discussion about an interaction between the jomgigger and the content inside jomgig.com such as traxx, vidzz, article, column etc. We questioned ourself how to know if the jomgigger really likes the traxx for example. We cant just measure the popular traxx by referring to its listened counter. Having thought of it we suggest to have our own vote so it will become mandatory criteria for the traxx or any other content to be declared as top.

So lets take a peek on the features;

So this is the initial for all the surprise, we have fixed the player so the track will automatically played. But that is not really what we want to highlight here.
See the thumbs below the player? That's the magic we were talking about. Its indicate that... if you like the track then hit the button and don't do anything if you bored with the track :-)
You can also use share button beside to share current listened track to others. Hit em!

Looks good eh? vote counted after you click the thumbs.

And this is what we don't recommend to do. Taking out the vote.. only do this when you really... really have problem with the songs :-)