| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: Mustard - Pemenang "The Complete Challenge II"

Mustard - Pemenang "The Complete Challenge II"

Tuesday, November 10, 2009 | Posted in

Akhirnya... selepas hampir sebulan setengah... tanggal 10hb November 2009, jomgig.com mengumumkan pemenang "The Complete Challenge II" yang telah berjaya memperolehi RM1500. Dan pemenangnya adalah..


"MUSTARD"

Mereka telah berjaya menewaskan Siren dan Beeha di tempat kedua dan ketiga. Ini sebenarnya adalah salah satu pencapaian terbaru Mustard setelah sekian lama bergiat dalam bidang seni di arena muzik indie. Mereka bukan calang-calang "band" indie, banyak lagi pencapaian yang mereka telah kecapi sebelum ini termasuklah berjaya ke final ROTTW The Road To Soundstage 2008 dan Yamaha 2008 Asian Beat Central Region. Lagu "Cinta itu Universal" pula mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat muzik dan lagu ini juga sering diputarkan di X-fm dan Suria fm.

Bila ditanya mengenai kejayaan mengungguli tempat pertama dalam "The Complete Challenge".. kata Amman selaku "band leader" Mustard, katanya "Thanks jomgig sebab buat competition ni, itu adalah opportunity untuk kami.. kalau bukan sebab kemenangan ni, tak merasa kitorang nak perform kat singapore, sebab duit RM1500 tu boleh kami gunakan sebagai modal untuk perform kat sana".

Sebenarnya kerja kuat Mustard untuk memenangi tempat pertama adalah untuk mereka mewakili Malaysia dalam gig "What the Park" di Dhoby Ghaut Green, Singapura pada 28 dan 29 November ini. Wang RM1500 yang dimenangi akan banyak membantu mereka bagi memberikan persembahan terbaik di Singapura nanti.

Apapun, tahniah Mustard atas kejayaan ini dan pihak jomgig berharap agar mustard akan mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Mr.a

0 Responses to "Mustard - Pemenang "The Complete Challenge II""