| Subcribe via RSS

Browse > Home / Blog Article: Lets gig now

Lets gig now

Thursday, October 15, 2009

"Feature" baru jomgig -

The GIGS :

http://www.jomgig.com/gigs.php

Aku bekerja sehingga 4 pagi tadi.. ini semua disebabkan terlalu memandang rendah kepada feature "GIGS" or "Calendar" ini. Mungkin nampak seperti mudah, tetapi sebenarnya agak leceh disebabkan feature ini dibuat dengan tujuan "expandable" untuk masa akan datang.

"jomgiggers" boleh melihat "gigs list" dalam URL di atas, dan mengetahui info lebih lanjut utk gig tersebut dengan mengklik pada salah satu daripada gig dalam senarai tersebut. Buat masa sekarang, jomgig admin akan memasukkan info gig secara manual. Dalam masa terdekat, "jomgiggers" sendiri boleh "Add, Edit dan Delete" gig di dalam jomgig.com.

Feature ini juga pada masa akan datang akan mempunyai "RSVP" iaitu "jomgiggers" boleh mengajak "jomgiggers" yang lain untuk menyertai sesebuah gig dan boleh juga melihat siapa "jomgiggers" yang akan hadir ke gig tersebut. "Gig creator" juga boleh memasukkan senarai artis/band yang akan bermain untuk gig tersebut, dan jika band tersebut sudah mendaftar di dalam jomgig.com.. secara automatik "jomgiggers" yang menjadi "fans" kepada artis/band tersebut akan diberitahu mengenai gig tersebut. Banyak lagi feature untuk "The GIGS" pada masa akan datang. Tunggu dan lihat :) .

P/S - Hari2 balik pukul 4 pagi la kot.. erghh

mr.a

0 Responses to "Lets gig now"