| Subcribe via RSS

Browse > Home / / Blog Article: temubual.oh.temubual

temubual.oh.temubual

Friday, October 16, 2009 | Posted in

Salam rakan-rakan.

sejak dua menjak jomgig.com dilancarkan, aku bersama dengan teman-teman sekerjaku amat kesibukan demi memuaskan hati para pengunjung laman web jomgig.com ini.jadi, dipendekkan cerita, setelah penerimaan dan sambutan yang agak menggalakkan oleh semua pihak, aku bersama dengan semua orang kakitangan jomgig.com ingin mengadakan satu lagi bahan untuk dikongsi bersama iaitu, program menemubual rakan jomgiggers kita.

Ideanya agak ringkas dan mudah.iaitu.salah seorang daripada jomgiggers yang telah mendaftarkan diri mereka ke dalam laman web ini, akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan jomgig.com.makanya, apabila beliau telah terpilih untuk ditemubual, secara automatik lah beliau akan diajukan dengan soalan-soalan yang menarik untuk dikongsi bersama.

tetapi kan~~~

soalan apakah yang patut kita ajukan? hmm. jadi, mungkinkah anda-anda semua mempunyai idea untuk bertanyakan soalan kepada beliau.

(iklan sebentar. untuk sesi temubual yang pertama ini, kita akan menemubual seorang awek. cun. jadi, pakwe-pakwe di luar sana, kemukan soalan-soalan bernas anda.awek-awek lain, tanya la jugak macam mana dia boleh jadi cun camtu ke, dia suka dengar lagu-lagu macam mana ke. anda semua jangan gusar kerana masa anda untuk ditemubual nanti akan tiba jua.)

;)

jadi,kawan-kawanku yang ingin berkongsi soalan itu, bolehlah tinggalkan soalan-soalan anda di kotak komen itu ya. sekiranya soalan anda amat bernas, kami akan gunakan soalan anda untuk dijadikan bahan pertanyaan ketika sesi temubual itu nanti.dan, sudah semestinya kredit akan diberikan kepada anda nanti.

renung-renungkan, dan selamat beramal~ ;)



p.s: bukan model ini ya untuk di temuduga. model ini hanya mempromosikan baju jomgig.com sahaja.

p.p.s: siapa yang nak beli baju jomgig.com, harganya, RM30 sahaja. jika sesiapa yang berminat, boleh hubungi Mr A di email mr[dot]a[at]jomgig[dot]com

dari bilik berbentuk "L",
leychay.

4 Responses to "temubual.oh.temubual"

  1. X Says:

    Saya nak jadi model bules?? kalo x le pun saya nak tanye kat model jomgigger tu.. kenapa awk yg jadi model tp bukan saya??

  2. leychaysuxx Says:

    haha.
    tahu sebab apa awak xjadi model baju jomgig.com?
    sebab semua yang tengok awak pakai baju tu, akan lari kerana takut akan muka awak yang garang itu.
    sekian.
    ;)

  3. belon Says:

    hey.sy nk beli baju uh.
    cmne?wee

  4. X Says:

    Hi amirul, email kan nama penuh, alamat, saiz baju dan no telefon ke mr.a@jomgig.com .. thanks